Assalamualaikum w.b.t. .
Dengan sendirinya Allah memberitahu kepada kita bahawa Allah tersangatlah dekat kepada hamba Nya. Kita apabila ditanyakan apakah Allah itu dekat, jawablah dengan yakin bahwa Allah itu dekat. Allah memberi kita apa sahaja yang kita minta. Mintalah apa sahaja. Bahkan suatu yang belum kita hajatkan, Allah sudah sediakan kepada kita. Lalu perlulah kita untuk menjadi hambaNya yang mensyukuri nikmatNya. Kita tidak pernah berdoa secara khusus untuk dihidupkan semula pada esok hari, Allah tetap kurniakan nafas untuk kita. Tiba masa kita kelaparan, belum sempat kita meminta kepada Nya Allah kurniakan juga sebahagian rezeki untuk kita.
Namun untuk memperoleh apa yang kita hajatkan, sebagai hamba yang cuma menumpang di muka bumi Allah wajiblah kita mengerjakan segala yang Allah perintahkan kepada kita. Sama ada perintah suruhan mahupun perintah larangan. Ini semua kerana kita juga manusia yang berkehendakkan apa yang dihajatkan. Persoalannya bagaimana hajat kita hendak dikabulkan sedangkan kita penuh dengan dosa-dosa?
Ringkasnya, kita perlu beriman dan taat kepada Allah terlebih dahulu sebelum meminta segala apa yang kita hajatkan.