Tuesday, 9 December 2014

Walaupun Pendosa Tegar, Sang Pencipta Masih Menerima.


 
Walaupun Pendosa Tegar, Sang Pencipta Masih Menerima.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Tuhan yang Esa yang Maha Hebat dan Maha Perkasa. Dengan izin Allah jualah yang memberi kita ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan pada hari ini. Berapa ramai manusia yang Allah panggil menghadapnya hari ini, tetapi mengapa belum tiba giliran kita? Ini membawa makna bahawa Allah masih memberi kita kesempatan untuk mencuci hati kita yang penuh dengan kelamnya dosa.

Kita manusia yang sering melakukan dosa. Entah kecil entah besar dosa yang kita lakukan. Namun, sebagai seorang manusia yang telah Allah ciptakan maka tidak terlepaslah daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Kita maklum bahawasanya tidak ada manusia yang sempurna kecuali junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. .

Dosa adalah merupakan suatu perkara yang menyebabkan kehidupan seseorang manusia hampir dengan maksiat. Dosa menyebabkan seseorang berasa gelisah, tidak tenteram, tenang yang tidak hampir tiba dan kepanasan jiwa yang memberontak. Dosa tidak akan terhapus kecuali dengan kembali kepada Sang Pencipta yang Maha Kekal dalam erti kata sebenar-benar taubat. Dengan taubatlah dosa akan terkikis dengan sendirinya daripada bertakhta dalam sanubari setiap manusia.

 

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Az-Zumar : 53



"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

 

Ayat di atas menerangkan kepada kita tentang perihal betapa baiknya Allah S.W.T. kepada kita. Walaupun kehidupan kita yang puluhan tahun penuh dengan dosa-dosa besar dan kita mengibaratkan dosa kita seperti pepasir di lautan yang tidak terkira banyaknya, namun setelah sahaja kita kembali kepada Allah yang Maha Pengampun, maka Dia tidak akan berkira dengan dosa-dosa kita yang lalu. Hanyasanya kita perlu yakin kepada Allah yang Maha Pengampun. Kerana itulah Allah S.W.T. berpesan kepada kita supaya tidak berputus asa dari rahmatNya. Sebaik sahaja kita kembali kepada Allah S.W.T. maka Dia akan mengampuni seluruh dosa kita. Perkara ini amat mudah bagi Allah. Dialah yang mengampunkan dosa siapa sahaja yang Dia kehendaki. Bahkan Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Walaupun pendosa, Sang Pencipta masih menerima.

 

Kita manusia yang selalu melampaui batas. Selalu sahaja kita berbuat dosa tak kira waktu dan ketika. Dosa zina, judi, minum arak dan syirik? Nampak sahaja orang lebih baik daripada kita, kita terus mendengki. Bahkan mengumpat dan mengata menjadi budaya rasmi setiap hari. Apabila musibah menimpa, kita terus mencerca dan mengkeji. Apakah kita lupa bahawa semuanya datang daripada Allah yang Maha Memiliki?

 Dengan sifat Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, Dia mengingatkan kepada kita sebagai hambaNya supaya tidak berputus asa dari rahmat Allah dalam bicara yang mudah difahami tidak berhenti berharap kepada Allah. Walaupun pendosa, Allah tetap memberi peluang untuk kita kembali kepadaNya.

Dan bila mana kita bertaubat kepada Allah, kita menyesal di atas segala perbuatan kita, kita kembali kepada Allah dengan sebenar-benarnya lalu Allah mengingatkan bahawa, Dialah yang mengampunkan segala dosa. Allah menerangkan kepada kita Dia mengampunkan segala dosa kita yang lalu. Apakah kita hendak melambat-lambatkan taubat kita kepada Allah setelah kita tahu bahawa Allah mengampuni seluruh dosa bagi hambaNya yang bertaubat?

Dengan tenangnya, marilah kita melembutkan hati kita untuk kembali kepada Allah. Kembali menghambakan diri kepada Allah. Kita tinggalkan segala yang tidak bermanfaat kerana Allah.

Semoga dengan apa yang kita lakukan di muka bumi Allah ini, Allah redh ke atas kita. Semoga amal soleh dan taubat kita diterima oleh Allah. Semoga Allah mengampuni seluruh dosa-dosa kita dan mempertemukan kita di Jannatul Firdausil ‘ala. Segala yang baik datang daripada Allah S.W.T. dan segala yang cela datang dari kelemahan saya sendiri. Allahumma solli ‘ala Muhammad. Wabittaufiq wal hidayah, assalamualaikum w.b.t.

Tuesday, 28 October 2014

Bekam Sunnah Rasulullah SAW


BEKAM SUNNAH RASULULLAH SAW.

Allahumma solli ala Muhammad.

Nabi Muhammad saw bersabda ,

‘Sungguh, perubatan yang paling utama adalah kalian menggunakan bekam.’ ( H.R. Bukhari, Tarmizi, Ahmad)

‘Aku tidak berjalan di hadapan satu kelompok malaikat pun pada malam ketika aku israk, kecuali mereka berkata, “Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam!” ‘. ( H.R. Tirmizi)

Bekam adalah didefinisikan sebagai ‘Bekam’ dalam Bahasa Melayu. Dalam masyrakat Jawa, bekam digelar sebagai kop atau cantuk. Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil blood cupping.  Berbekam adalah pengeluaran ‘darah kotor’ dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Secara umum, ‘darah kotor’ ini disebutkan sebagai toksin ataupun racun.

Darah akan disedut di bawah permukaan kulit untuk mengeluarkan racun, toksin dan oksidan. Darah dikeluarkan melalui torehan nipis pada pembuluh darah perferal di kapilari pada lapisan epidermis(lapisan kulit paling luar) . Bekam adalah teknik penyingkiran toksin(pengeluaran bisa dalam tubuh) tanpa menimbulkan kesan sampingan. Darah kotor yang keluar adalah darah merah pekat dan berbuih.

Manfaat Bekam
Merupakan perubatan Islam, disabdakan Nabi saw, diperintahkan malaikat, maka ianya darintah daripada Allah swt. Dengan berkat dan izin Nya, bekam dapat mendatangkan manfaat yang besar dan kesan penyembuhan yang  luar biasa.
Bekam secara umumnya bersifat mencegah dan merawat. Bagi mereka yang sihat, bekat bermanfaat untuk mencuci darah di dalam tubuh disebabkan pemakanan yang tidak baik dan berbahaya. Mereka yang sakit insya Allah bekam akan memberikan penyelesaian penyembuhan baginya walau apa pun penyakit yan dialaminya.
               
Darah Bekam
Sel darah putih kelihatan langsung tidak ada dan hampir semuanya merupakan  eritrosit (sel darah merah). Sel darah putih adalah sel kesihatan dan sistem imuniti ketahanan dalam badan. Darah kotor adalah darah yang mengandungi bisa atau darah statis yang menyumbatkan peredaran darah yang mengakibatkan sistem peredaran darah tidak mengalir seperti biasa sehingga menyebabkan kesihatan terganggu secara fizikal dan mental.
Darah menjadi kotor apabila dicemari dengan makanan, minuman dan ubat-ubatan(anti-biotik, Panadol, dll). Darah kotor terletak di bawah kulit. Jika ia tidak dikeluarkan maka tubuh akan menjadi lemah dan diserang penyakit. Maka dengan berbekamlah cara yang paling efektif.

Bekam Sunnah Rasulullah


Jenis Bekam
1.       Al-Hijamah Al-Jaafah
(bekam angin)
·         Proses membersihkan rongga rahim untuk mengeluarkan angina.
·         Menghilangkan rasa ketegangan, meringakan otot, masuk angin.
·         Dilakukan dengan menggerakkannya.
2.       Al-Hijamah Al-Dawamiyyah
(bekam darah)
·         Perubatan nabawi.
·         Mengambil masa 3-5 minit bagi setiap sedutan. Maksimum 9 minit.
·         Tidak boleh disiram air setelah berbekam kulitnya.

Titik Bekam
1.       Al-Kahil
·         Bonjolan tulang leher belakang di antara 2 bahu.
·         Titik pertemuan dan penjalaran organ yang mengandungi  hempedu, lambung, usus kecil, usus besar, pundi kencing dan organ hipotesis halus.
·         Mengubati rasa sakit di leher, epilepsy, batuk, demam selsema, asma, kejang bahu, dan lain-lain.
2.       Akhda Ain
·         Otot urat leher
·         Mengubati sakit kerosakan saluran suara, kejang leher, sakit kahak, demam selsema, pipi bengkak, sakit telinga.
3.       At-Tiwa’
·         Berupaya mengubati jangkitan saluran penafasan, gangguan haid, sukar tidur, ejakulasi awal, penyakit ginjal, radang peparu, sakit belakang.
4.       Ummu Mughits
·         Bahagian tengkorak pada atas agak ke belakang.
5.       Hammah
·         Bahagian hadapan kepala(ubun-ubun)
6.       Yafukh
·         Titik pertemuan tulang tengkorak hadapan dan belakang.
7.       Al-Katifain
·         Kedua-dua belah bahu.
·         Membuang racun.
8.       Ala Warik
·         Punggung.
·         Penyakit ketegangan dan keletihan.
9.       Qamahduah
·         Bonjolan tulang belakang kepala.
10.   Pelipis dan dagu
·         Sakit kepala, gigi, bahagian wajah, kerongkong.
11.   Bahagian belakang kaki
·         Berpenyakit kudis di paha, betis.
12.   Bawah dada atas perut
·         Kurap, kudis, panau, kaki sering sakit, buasir.
13.   ‘ala Dzohril Qodami
·         Bahagian Sunnah.
·         Di bawah lekukan lutut(pelipat)


Rujukan : Dr. Adil Akhyar LL.M, ' Manfaat BEKAM".

Wednesday, 22 October 2014

Selawat Azhimiyah

Selawat Azhimiyah
Allahumma inni as aluka bunuuri wajhiillahil azhim.
Allzii mala ar kaana ‘arshil azhim.
Wa qao mats bihi ‘awalimullahil azhim.
An tusolli’ala maulaanaa muhammadin ziilqadriil azhim.
Wa ‘ala alii nabiyillahil azhim.
Biqadri ‘azhamati zaatillahil azhim.
Fi kulli limhatin wanafasin ‘adadama fi ‘ilmillahil azhim.
Solaatan da imatan bidawamillahil azhim.
Ta’zhiman lihaqqika ya maulaanaa yaa Muhammad.
Yaa zal khuluqil azhim.
Wasallim ‘alihi wa ‘ala aalihi mithla zalik.
Wajma’ biinii wabainahu kamaa jama’tu bainar ruuhi wan nafsi zhoahiraa wa baatinaa yaaqazhoatan wamanaa man waj ‘alhu.
Yaa rabbi ruhan liza ti min jami ‘il wujuuh
Fiddun ya qablaal akhirati yaaa azhim.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan cahaya wajah Allah yang Agung.
Yang memenuhi tiang-tiang Arasy Allah yang Agung.
Dan dengannya berdirilah alam-alam (ciptaan) Allah yang Agung.
Agar selawat tersampaikan ke atasa pelindung kami, Muhammad saw, yang memiliki darjat teragung.
Dan atas keluarga nabi Allah yang Agung.
Dengan ukuran keAgungan Zat Allah yang Agung.
Di setiap kedipan dan nafas, sebanyak apa yang termaktub dalam ilmu Allah yang Agung.
Selawat yang sentosa dengan keKekalan Allah yang Agung.
(Sebagai)  pengagungan terhadap Haq (kebenaran) engkau wahai Muhammad, yang memiliki perangai akhlak yang Agung.
Dan salam atas beliau  sawa serta keluarganya.
Semisal dengan itu, dan satukanlah aku dengan beliau sebagaimana engkau satukan roh dengan nafas, secara zahir dan batin.
Dalam keadaan terjaga(sedar) atau tidur(mimpi).
Dan jadikan lah dia wahai Tuhan ku, sebagai rohani jiwaku di setiap arah di dunia ini sebelum datangnya akhirat, wahai Zat yang memiliki ke Agungan.




“Saya mendengar Nabi Saw. Bersabda janganlah kamu menjadikan rumah-rumahmu sebagai kuburan, dan janganlah kamu menjadikan kuburanku sebagai per-sidangan hari raya. Bershalawatlah kepadaku, karena shalawatmu sampai kepadaku dimana saja kamu berada.” (HR. Al-Nasâ’i, Abû Dâud dan dishahihkan oleh Al-Nawâwî).

Thursday, 11 September 2014

Perokok Yang Merokok Rokok

Rokok.
Merokok membahayakan manusia.
Merokok membahayakan orang yang berada di sekeliling di mana perokok itu, disifatkan meracuni orang sekeliling hanya dengan menghisap rokok.
Amalan merokok ini amalan yang tidak dikira bermanfaat atas dasar peratus keburukan ke atasnya terlalu tinggi.
Orang yang berada di sebelah dengan keadaan sihat tubuh badannya itu tidak bersalah.
Namun yang sering menjadi mangsa kepada 'Bunuhan Rokok' adalah orang yang tidak merokok.
Pasti jiwa yang sihat itu menginginkan udara yang segar dan bersih daripada kotoran.
Asap rokok itu adalah asap yang mengandungi tar dan apabila disedut ke dalam badan, maka timbullah sel yang tidak sihat.
Sel yang tidak sihat akan mendatangkan sakit batuk-batuk kepada orang menyedut asap rokok tersebut.
Yang menjadi ketidakadilan di sini adalah apabila orang yang tidak merokok ini terkesan dengan perbuatan yang zalim itu.
Bagi perokok yang merokok rokok, memang anda tidak peduli tentang orang di sekeliling.
Kerna belum tiba masanya orang sekeliling itu adalah bayi anda, ibu anda mahupun isteri anda yang sedang mengandung.


Mematikan yang ingin terus nikmati hidup.

Bagaimana dengan solat? Kalan santapan utamanya babi?


'Bunuhan Rokok;

Wednesday, 10 September 2014

Pesanan Untuk Pasangan Halal

Terima Kasih Allah.
Assalamualaikum wbt.

Apabila berada di dalam alam pernikahan yang sebenar, segala jenis pemikiran perlu diselarikan dengan pemikiran yang terbuka. Semasa dulu-duluan hidup membujang itu hanya hidup sorang diri. Makannya seorang diri, tidurnya seorang diri, belanjanya seorang diri. Nikmat yang Allah bagi pun seorang diri. Begitu jualah dengan ujian yang Allah bagi.

Setelah melangkah sahaja ke alam pernikahan.  Maka ia menuntut suatu pengorbanan yang besar. Mengapa dikatakan pengorbanan yang besar? Ini kerana nikmat kebahagiaan yang dijanjikan juga adalah besar. Bahkan lebih besar daripada pengorbanan yang telah, sedang mahupun akan dilalui.
Tanpa menulis panjang, maka di sini dikongsikan beberapa kaedah mahupun manhaj untuk diusahakan ke atas  pasangan kita supaya keharmonian rumahtangga semakin hari semakin bersinar dan semakin hari semakin mendapat barokah daripada Allah SWT.

PESANAN BUAT SUAMI.
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.